
KUALA LUMPUR - Sempena Piala Dunia yang berlangsung kini, Sony Malaysia dan Maybank menyemarakkan sambutan di negara ini dengan melancarkan Fiesta Penyokong Sony.
Pelbagai acara yang diatur pada pesta yang berlangsung julung kali itu antaranya soccer fantasy yang memberi peluang menyokong pasukan masing-masing dengan menyertai cabaran PS3 yang diadakan di pusat membeli-belah 1Utama.
Pengarah Urusan Sony Malaysia, Naoi Sudo berkata, Fiesta Penyokong Sony memberi peluang kepada peminat bola sepak tanah air khususnya pelanggan jenama Sony untuk mengecapi pengalaman sempena kejohanan tersebut.
"Kami menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti untuk menyemarakkan kejohanan itu disini," katanya pada majlis pelancaran semalam.
Selain itu, penonton juga digalakkan untuk berada di roadshow fiesta tersebut di 1Utama untuk menyaksikan perlawanan akhir pada 11 Julai nanti menerusi skrin berdefinasi tinggi (HD) yang diselia sendiri oleh Sony dan Astro.
Menariknya program terbabit, peminat sukan ini berpeluang untuk memenangi percutian ke negara yang bakal memenangi Piala Dunia 2010.
No comments:
Post a Comment